TENTANG KAMI

MEMPERKASA PROFESIONALISME

PERSONEL LATIHAN JPK

PROFESINALISME | INTEGRITY | NURTURING

9 Tahun Menggalas Profesionalisme, Berkembang Bersama Ahli dan Rakan Strategik

MyPERSONNEL (MyP) ditubuhkan pada tahun 2018 dan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Persatuan ini diwujudkan sebagai platform rasmi untuk menghimpunkan Personel Lantikan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran.

PROFESIONALISM

Memupuk budaya kerja profesional dan beretika tinggi.

INTEGRITY

Mengamalkan prinsip kejujuran dan amanah dalam setiap tindakan.

NURTURING

Membimbing dan membangunkan potensi bakat secara berterusan.

VISI

Menjadi persatuan profesional TVET yang dihormati dan berpengaruh di Malaysia

MISI

Meningkatkan kompetensi, mengukuhkan hubungan industri, mematuhi standard JPK, & berkongsi ilmu.

PERANAN

Mewakili ahli, menyokong latihan kemahiran, meningkatkan kualiti penilaian, & membangunkan standard TVET.

OBJEKTIF

Mengapa Memilih Kami?

Sebagai Rakan dalam Memperkasa Profesionalisme TVET Anda

Membangunkan Bakat TVET

Melahirkan personel TVET yang kompeten melalui kemahiran dan profesionalisme yang berterusan.

Memperkukuh Standard Pensijilan

Menyokong pelaksanaan standard dan amalan terbaik bagi memastikan kualiti serta integriti pensijilan TVET.

Memperkasa Kerjasama Industri

Membina jaringan strategik bersama industri, institusi dan agensi bagi memperkukuh ekosistem TVET negara.

Memperluas Jaringan Profesional

Menghubungkan komuniti personel latihan dan pakar TVET untuk perkongsian ilmu, pengalaman & peluang kerjasama.

Latihan dan Seminar Profesional

Menyediakan program pembangunan kompetensi, bengkel & seminar bagi meningkatkan keupayaan & kemahiran ahli.

TERAS

4 Teras Objektif Persatuan

Strategi dan hala tuju pencapaian objektif persatuan

Perwakilan & Kebajikan

Memelihara kepentingan dan kebajikan ahli serta menjadi suara yang mewakili komuniti personel latihan dalam memperjuangkan profesionalisme dan pembangunan kerjaya mereka.

Pembangunan Ekosistem

Menyokong pembangunan ekosistem TVET yang mampan melalui jaringan kerjasama, perkongsian kepakaran dan pengukuhan komuniti personel latihan di seluruh negara.

Jaminan Kualiti TVET

Memperkasa budaya kualiti dalam TVET dengan menyokong amalan terbaik, peningkatan kompetensi serta pematuhan kepada standard dan keperluan semasa industri.

Rakan Strategik Kerajaan

Menjalin kerjasama strategik dengan kementerian, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan bagi menyokong agenda pembangunan modal insan serta memperkukuh sistem TVET negara.

RAKAN KERJASAMA

Organisasi Terkemuka Yang Bekerjasama

Bersama Memperkasa Profesionalisme Personel Latihan JPK

Sertai MyPERSONNEL dan bina kekuatan profesional anda bersama komuniti yang diiktiraf.